Saturday, July 12, 2014

She's the Super Mother and Super Father. Only ONE.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba, aku rasa hendak menulis sesuatu yang jarang sekali akan aku katakan. Umur pun dah makin bertambah aku ni. Masa semakin bergerak laju. Aku tak reti nak meluahkan dengan kata-kata secara berdepan. Kadang-kadang aku juga terbabas untuk menjadi seseorang yang baik. Sesekali kenangan silam menguasai diri menjadikan kita lebih emosi dan tertekan.


Di sini, dengan orang yang tak mengenali aku, senang nak berceloteh lebih.


Aku nak gitau satu dunia aku mempunyai seorang Umi yang terbaik sekali hingga ke syurga. Tanpa Umi, kami tiga beradik takkan hidup senang macam nie. Takkan mampu belajar di sekolah dan sampai ke universiti. Takkan mampu untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari pun.

Umilah yang menjadi Super Mother dan juga Super Father untuk kami tiga beradik. Dialah mak, dialah ayah. 1000% Umi seorang menjaga kami sejak kecil. Tempat tinggal, makan minum, pakaian, pelajaran semuanyalah! Tak de yang terlepas pun. Hanya Umi seorang saja yang benar-benar menyayangi kami. Waktu tengah susah, Umi je yang ada bersama sedangkan yang seorang menghilangkan diri dan melepaskan tanggungjawabnya sehingga kini.

Umi seorang yang sangat tabah. Walaupun Umi seorang yang membesarkan kami tiga beradik yang bermacam-macam perangai, kesan negatif dari pengalaman ketika kecil dan sewaktu kami membesar memberi impak yang dahsyat dalam diri kami, terutamanya aku.


Aku nak gitau, Umi sorang je yang jaga kami semua. Okay? Orang kedua tak de pun.

Aku tak suka, Orang Lain Yang Jaga, Orang Lain Dapat Nama.

Apa yang aku lalui menghasilkan tindakan aku sekarang. Orang luar takkan faham sebab mereka bukan berada dalam Sneakers aku. Sneakers lain-lain. Tak expect nak faham. Cuma jangan nak mengandaikan itu dan ini, tak perlu nak nasihat perkara aku dah tahu sangat-sangat. Ini pilihan aku. Pilihan nak menjauhkan sesuatu yang sekiranya tiada keperluan, lebih baik kita mendiamkan diri saja. Mereka tak tahu apa yang masih berlaku sehingga sekarang.


Namun, susah juga nak jadi anak yang baik sebenarnya. Aku membesar dengan memendam pelbagai rasa hati. Tak reti aku nak luahkan. Beberapa sebab-sebab tertentu juga aku menjadi begini. Bila dah tua bangka, untuk berubah haruslah mengambil masa beribu lemon. Ambil masa dan memeritkan. Rasa nak buang je hati dan ingatan lama.


Kenangan lama wajib dibenam ke bawah bumi.
Cuma untuk membenamkannya, mengambil seribu kudrat dan kekuatan.


Ada masa-masanya, sekali sekala bila pencetus kecil ada, mengembalikan rasa tidak senang di hati aku.


Aku nak gitau satu dunia.


Umi aku seorang yang terbaik dan terhebat.

Mungkin aku bukanlah anak yang terbaik. Banyak kekurangan dalam diri aku dari kelebihan.


Bagi yang sudah menjadi mak ayah tu, sila jaga anak-anak anda dan bertanggungjawab kepada mereka untuk setiap kewajipan sejak dari kandungan lagi. Amanah yang diberikan Allah sila hargai. Ada ramai orang yang tidak mampu mempunyai anak kerana rezeki mereka masih belum ada. Ada pula yang mudah mendapat anak kerana dimudahkan Allah. Jangan hendak melepaskan tanggungjawab besar hanya kepada salah seorang sahaja.

Bila dah tua, anak-anak dah besar barulah sibuk datang nak tanya khabar itu ini, nak ajak makanlah dan sebagainya. Juga mungkin semata perlu ambil tahu sebab nanti malu kalau kawan-kawan tanya pasal anak tak mampu nak jawab sebab tak tahu apa-apa dan tak pernah nak ambil tahu sebelum ini!

Mungkin semuanya sudah terlambat.


Jadi jangan nak marahkan anak dan suka-suka cakap mereka derhaka. Teguran dan ingatan pun tak boleh nak terima.


Lupakan aje anak tu.