Monday, October 27, 2014

Isu Didikan: CaRut

Simple je topiknya.

Apabila umur semakin meningkat, seharusnya perwatakan dan kata-kata serta kesantunan semakin menjadi lebih berkualiti. Banyaknya pengalaman, asam dan garam kononnya, menjadikan seseorang itu lebih baik.

Mungkinkah sebaliknya?

Saya juga penuh sejarah kelabu kelabu hampir kehitaman dan bermacam dugaan serta kesilapan besar dan kecil. Biasalah. Ini baru namanya kehidupan.

Tetapi, kadang-kadang saya hairan dengan orang-orang yang sudah berkahwin, masih lagi  bercakap lepas, mencarut sesama rakan-rakan dan bergurau kotor dan XXX walaupun dengan rakan berlainan jantina.

SUDAH KAHWIN.

Seandainya bujang atau dara, jika mencarut pun tidak elok dan sekali mencarut tercatatlah dalam buku rekod dosa kita. Sekali berkata-kata sesuatu yang hina dan busuk juga bertambahlah poin dalam buku merah itu.

Entah.

Ada sesetengah kelihatan bangga apabila nampak over happening dan dikatakan selamba dan open minded, cool relek sekiranya kelihatan ganas mencarut dan tidak ambil hati dengan carutan orang lain. Walaupun yang menyentuh sesuatu yang sensitif dan haram.

Di mana letaknya nilai maruah diri kita terutamanya sebagi seorang gadis, wanita dan isteri serta ibu.

MENCARUT.

Cukup cukup sudah.

Jika ingin perasan selamba dan cool, open minded, gua tak kisah lu cakap apa gua elekk jah. Itu bukan namanya selamba. Itu kurang ajar dan tidak tahu adab.

Apabila dunia semakin  menghampiri kehancuran, dosa-dosa dan benda haram menjadi halal. Berbuat dosa dikatakan hebat, berbuat baik dikatakan alim dan skema, x sporting gitu.

SPORTING?

Ada batas-batasnya untuk sporting dan berkata-kata sekiranya kita masih ingat dan sedar kita memegang nama sebagai seorang Islam, contoh kepada orang lain.

Sepatutnya.......

Buat yang mungkin sudah beranak pinak, dan sudah bercucu cicitnya, mohon jaga tingkah laku dan adab anda. Ohhhh, maafkan saya.

Semua ini bermula dari rebungnya.


Sekian.

Thursday, October 23, 2014

Tranquil Thursday : Getting Started


Khamis hari yang baik. Siangnya disunatkan berpuasa, alang-alang ganti puasa, dan malamnya digalakkan membaca Surah Al-Kahfi. Pelbagai ibadah sunat boleh dilakukan.

Setiap hari hari yang baik sekiranya kita sentiasa bersyukur.

Bagi yang hendak memulakan hidup baru seperti saya!
Tinggalkan kenangan lama, sama-sama usahakan.


Pinjaman dari GOOGLE semua. 
Bermakna!

Sebelum memulakan sesuatu perkara, sentiasa praktiskan diri menyebutnya.
Dari paksa menjadi suka lalu terbiasa.





Hapuskan komplen, merungut, mengkritik untuk memusnah, HAPUSKAN!
Mari kita bersemangat untuk lebih komited kerana Allah.



Segalanya mulakan dengan niat dan perancangan. Displin.
Sebaik-baik perancangan ialah apa yang telah Allah rancangkan untuk kita.
Allah is the GREATEST PLANNER for us!




Sentiasa percaya!
Tiada kekuatan selain kekuatan yang dipinjamkan dari Allah Taala.



Khas untuk diri saya sendiri. 
Enam bulan untuk buktikan diri sendiri dan mendapat apa yang diperlukan.
Insya Allah, mohon petunjuk dan pertolongan Mu Ya Allah.



Lagi untuk saya seribu kali ganda!
Fokus!



 Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita setiap hari. Amin!



Insya Allah.


Tuesday, October 21, 2014

Isu Didikan 1 : Jom Rajinkan Diri!

Saya betul-betul tak de idea untuk meletakkan tajuk yang menarik. Phewww!

Macam mana saya nak tarik orang untuk baca idea kecil saya? Idea kecil, impak besar? Ada ke?

Opss, lapar pulak rasanya.


Sumber Google

Okay sekarang saya memerlukan bantuan Google untuk meminjamkan saya gambar buat masa ini. Saya suka juga bergambar, diambil gambar tapi kurang pandai mengambil gambar.
Tak apa, lain kali kita asah bakat itu ya!


Saya suka sangat makan KFC, terutamanya Zinger Burger dan ayamnya, nugget dan semuanya! Jujurnya, saya dah try semua jenis dessert terbarunya dan memang sedap. Adui, lupa pula nama dessert yang saya paling suka. Tapi, jenisnya bulat-bulat dan dip in chocolate before you eat. Eh, betul ke? Maaf, lupa!


Cuba tuan perhatikan masyarakat kita terutamanya apabila makan di restoran, bagaimana perilaku mereka dan terutamanya meja yang ditinggalkan selepas makan! Arghh, saya tak sanggup nak upload gambar-gambar itu.

Bersepah.

Pembaziran.

Kotor.

Hanya segelintir sahaja yang pandai untuk mengemaskan kotoran dan menyusun pinggan yang digunakan dalam tray, dan diletakkan atas meja. Masih kira okay tapi belum hebat.

Restoran banyak jenis --- mamak yang popular, fast food chain, hotel, kantin sekolah dan lain-lain yang tuan dapat fikirkan? Oh, rumah terbuka mungkin?

Kita fokuskan yang paling mudah di rumah dulu. Apakah langkah yang selalu kita ambil apabila selesai menikmati makanan yang dimasak oleh ibu?

Pilihlah sendiri jawapan tuan:
1) Meninggalkan pinggan kotor di atas meja, hanya bawa diri ke sink untuk mencuci tangan.
2) Bawa pinggan kotor ke dalam sink, hanya cuci tangan dan biarkan pinggan.
3) Bawa pinggan kotor ke sink dan mencuci dengan bersih dan diletak atas bekas pengering.
4) Sekadar menjilat jari dan tak cuci tangan dan terus blah tanpa mempedulikan pinggan atas meja.
5) Melakukan poin no. 3 dan seterusnya kembali mengemas lauk-pauk dan mengelap meja hingga bersih.


Di manakah kita?


Saya sendiri sudah mengamalkan praktis ini sejak tahun 2012, biasanya menjadi wajib kalau saya makan di KFC, Burger King, dan tempat-tempat yang menyediakan kotak THRASH dan kotak PLATE. Kalau mamak tu, mungkin lain ceritalah sebab mereka kena kutip kerana tiada tempat sesuai untuk kita bawa pinggan kotor. TETAPI!

Tetapi, silalah kemas meja kita, lap dengan tisu dan susun pinggan kotor elok-elok.

Saya biasanya sesudah makan akan lap meja saya dengan tisu yang ada atau tisu yang saya bawa --biasalah para gadis biasanya wajib mempunyai tisu dalam bag, segelintir. Saya angkat semua sampah ke dalam tray dan memulakan pengasingan sendiri.

Saya buang sampah dari tray dan pinggan ke dalam kotak THRASH.

Kemudian, saya letak pinggan ke dalam kotak PLATE.

Tray saya tinggalkan di atas kotak itu, memang direka untuk meletakkan tray.


Meja saya sesudah makan??? Bersih, suci dan mudah untuk pelanggan baru duduk dengan rasa senang hati tanpa perlu rasa irritated melihat meja yang kotor dan baki makanan yang ditinggalkan.

Tuan rasa tuan setuju dengan tindakan saya?

Seperti saya katakan, tengoklah tempat. Sekiranya memang disediakan kemudahan ini, maka marilah kita didik diri kita untuk mempraktikan moral yang baik. Banyak kebaikannya.

Elakkan fikir "OHHH, NI KERJA WAITER BIARLAH DIA BUAT HABIS TU TAKKAN MEMBUTA MAKAN GAJI."

Mari terapkan nilai hebat ini dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia yang pembersih dan rajin!
Kita memang hebat sekiranya kita mampu melakukan ini!
Biarlah sikit tetapi istiqomah.
Orang akan pandang kita dengan sekilas dua pandang tapi biarlah. Siapa tahu, dengan apa yang kita amalkan, mungkin ada tiga ke empat orang akan ikut cara yang hebat ini.

Lagi seronok jika anak-anak dan generasi baru mengikutnya!


Insya Allah.





Sunday, October 19, 2014

A Fresh Start - Get a Life!

Saya nak menulis sekarang!

Lama sangat-sangat tak menulis, berbagai peristiwa, cerita suka duka dan sengal yang terjadi. Blog lama saya sudah delete,semoga terkubur menjadi kenangan. Mulakan blog baru yang tiada siapa mengenali saya, mungkinkah?

Medium maya yang bakal menjadi perkongsian pandangan, idea dan ceritera riang dan tangis dari saya dalam keadaan yang sederhana. Tiada makna ekstrem yang dipraktikkan di sini bagi mengekalkan kesopanan dan kesantunan isi untuk halwa mata sesiapa yang baca.

Er,ye saya extremly love to shop.

Pheww!

Rasanya dalam masa 4 tahun sejak 2010, macam-macam yang saya lalui. Pernah ke dalam hidup tuan rasa kehilangan??? Hilang visi, misi dan matlamat. Tak sama dah seperti matlamat ketika nak menghadapi PMR apabila kita disuruh menulis beberapa matlamat untuk dapatkan 8A, cara mendapatkan 8A semua itu.

Saya hilang punca.

Tak apalah. Cerita 4 tahun yang berliku-liku ni akan saya ceritakan kemudian dalam muka surat lain dalam Sendiri Baca blog ni. Yelah, sendiri je baca sebab tak de orang baca. Hik Hik. (Gaya gelak sopan ya.)


Esok bermula bab baru, cerita baru, semangat baru dalam hidup saya.

WAJIB! PERLU! MESTI!

Semuanya perkataan positif yang meyakinkan diri, hati,akal dan iman saya.

Segala-galanya saya serahkan kepada Allah buat masa sekarang dan masa akan datang.
Saya juga akan memberi sehabis baik untuk apa yang bakal mendatang dari sekarang.

Doakan saya berjaya menempuhi segala onak dan cabaran hidup, punya kekuatan dan kebijaksanaan serta kematangan yang mengatasi emosi sasau.


Tuan yakin saya mampu buat?

Saya perlu menjadi seorang yang yakin!

Tuan juga mesti yakin!



Mari!

Kita mulakan hari esok, bermula sekarang dengan semangat dan niat yang baru serta ikhlas kerana Allah. Ya, kerana Allah Taala.

Insya Allah segalanya akan baik.

Saturday, July 12, 2014

She's the Super Mother and Super Father. Only ONE.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba, aku rasa hendak menulis sesuatu yang jarang sekali akan aku katakan. Umur pun dah makin bertambah aku ni. Masa semakin bergerak laju. Aku tak reti nak meluahkan dengan kata-kata secara berdepan. Kadang-kadang aku juga terbabas untuk menjadi seseorang yang baik. Sesekali kenangan silam menguasai diri menjadikan kita lebih emosi dan tertekan.


Di sini, dengan orang yang tak mengenali aku, senang nak berceloteh lebih.


Aku nak gitau satu dunia aku mempunyai seorang Umi yang terbaik sekali hingga ke syurga. Tanpa Umi, kami tiga beradik takkan hidup senang macam nie. Takkan mampu belajar di sekolah dan sampai ke universiti. Takkan mampu untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari pun.

Umilah yang menjadi Super Mother dan juga Super Father untuk kami tiga beradik. Dialah mak, dialah ayah. 1000% Umi seorang menjaga kami sejak kecil. Tempat tinggal, makan minum, pakaian, pelajaran semuanyalah! Tak de yang terlepas pun. Hanya Umi seorang saja yang benar-benar menyayangi kami. Waktu tengah susah, Umi je yang ada bersama sedangkan yang seorang menghilangkan diri dan melepaskan tanggungjawabnya sehingga kini.

Umi seorang yang sangat tabah. Walaupun Umi seorang yang membesarkan kami tiga beradik yang bermacam-macam perangai, kesan negatif dari pengalaman ketika kecil dan sewaktu kami membesar memberi impak yang dahsyat dalam diri kami, terutamanya aku.


Aku nak gitau, Umi sorang je yang jaga kami semua. Okay? Orang kedua tak de pun.

Aku tak suka, Orang Lain Yang Jaga, Orang Lain Dapat Nama.

Apa yang aku lalui menghasilkan tindakan aku sekarang. Orang luar takkan faham sebab mereka bukan berada dalam Sneakers aku. Sneakers lain-lain. Tak expect nak faham. Cuma jangan nak mengandaikan itu dan ini, tak perlu nak nasihat perkara aku dah tahu sangat-sangat. Ini pilihan aku. Pilihan nak menjauhkan sesuatu yang sekiranya tiada keperluan, lebih baik kita mendiamkan diri saja. Mereka tak tahu apa yang masih berlaku sehingga sekarang.


Namun, susah juga nak jadi anak yang baik sebenarnya. Aku membesar dengan memendam pelbagai rasa hati. Tak reti aku nak luahkan. Beberapa sebab-sebab tertentu juga aku menjadi begini. Bila dah tua bangka, untuk berubah haruslah mengambil masa beribu lemon. Ambil masa dan memeritkan. Rasa nak buang je hati dan ingatan lama.


Kenangan lama wajib dibenam ke bawah bumi.
Cuma untuk membenamkannya, mengambil seribu kudrat dan kekuatan.


Ada masa-masanya, sekali sekala bila pencetus kecil ada, mengembalikan rasa tidak senang di hati aku.


Aku nak gitau satu dunia.


Umi aku seorang yang terbaik dan terhebat.

Mungkin aku bukanlah anak yang terbaik. Banyak kekurangan dalam diri aku dari kelebihan.


Bagi yang sudah menjadi mak ayah tu, sila jaga anak-anak anda dan bertanggungjawab kepada mereka untuk setiap kewajipan sejak dari kandungan lagi. Amanah yang diberikan Allah sila hargai. Ada ramai orang yang tidak mampu mempunyai anak kerana rezeki mereka masih belum ada. Ada pula yang mudah mendapat anak kerana dimudahkan Allah. Jangan hendak melepaskan tanggungjawab besar hanya kepada salah seorang sahaja.

Bila dah tua, anak-anak dah besar barulah sibuk datang nak tanya khabar itu ini, nak ajak makanlah dan sebagainya. Juga mungkin semata perlu ambil tahu sebab nanti malu kalau kawan-kawan tanya pasal anak tak mampu nak jawab sebab tak tahu apa-apa dan tak pernah nak ambil tahu sebelum ini!

Mungkin semuanya sudah terlambat.


Jadi jangan nak marahkan anak dan suka-suka cakap mereka derhaka. Teguran dan ingatan pun tak boleh nak terima.


Lupakan aje anak tu.





Sunday, June 22, 2014

Oh Iman.....bertahanlah

Assalamualaikum....

Di kala ini terasa risau dengan suasana yang semakin menghampiri kekelabuan.

Apabila Agama diperkatakan oleh orang yang bukan ahlinya atau tiada kelayakan yang kukuh..... Ohhh.... Ya Allah minta dijauhkan segala bala.

Banyak senario yang aneh. Makin aneh dan tak diterima akal makin menjadi perhatian dan diterima masyarakat umum sebagai trend dan popular...sesuatu yang IN.... Tapi tiada faedah dan kebaikan.

Hukum Hudud.... Ditanya pendapat artis tentang keperluan melaksanakan di negara ini. Jawapan mereka? Aku terkedu.

Wartawan kehabisan modalkah untuk menulis sesuatu yang lebih memberi kebaikan untuk masyarakat?



Iman...... Hati......akal......

Berwaspadalah.
Sentiasa berjaga- jaga.
Sentiasalah disuburi dengan zikrullah, ibadah, bersangka baik dan sentiasa memuji dan melihat kebesaran Allah.

Bersyukurlah dengan nikmat dan rahmatnNya.


Insya Allah.

Sama- sama kita mendoakan umat Islam.

Delete segala caci maki dan pendapat tidak bernas.

.
.
.

Saturday, April 12, 2014

Cara rakyat MALAYSIA naik pengangkutan awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama rasanya aku tak naik komuter dan LRT. Lebih pantas dan selesa bergerak dengan kereta tersayang ( tak pantas juga kalau jem).

Semalam aku pilih untuk ke suatu tempat dengan komuter. Nervous rasanya sebab tak tahu schedule komuter camne. Sampai aje stesen komuter aku dah nampak ramai yang berpusu keluar dari dalam. Arch! Tak pasti komuter mana yang sampai. Berlarian anak, aku swap Touch and Go dan terlambat juga.

Pandang kiri kanan, tengok Komuter ke Batu Caves akan tibaa jam 1.56pm. Aku segera bertanya seorang gadis di situ.

Baru je lepas kak, katanya.

Eh! Komuter awal 3 minit?? Aku mengeluh. Okay. Terus aku menunggu sehingga 30 minit yang tidaklah lama pun....masa berlalu pantas.

Emm. Komuter ditunggu sampai. Berpusu- pusu semua berkerumun depan pintu masuk komuter. Walaupun hanya tiga orang nak turun. Tak bagi cannnn redahhh je masuk mereka. Yang nak keluar terpaksa tegarkan diri melawan arus.

Sighhhhh.

Malaysian.

Masa aku nak turun mujur takde orang kat stesen Putra. Selamat.

Cuma teringat on the way balik aku interchange ke Pelabuhan Klang di KL Sentral. Memangggggg macam manusia kelaparan berkerumun depan pintu.

Buka je pintu aku jerit sikit.

Excuse me! Bagi orang keluar dulu ya.

Perghh. Masing- masing muka zombi nak masuk. Tidak mendengar arahan. Haha. Geram jugak aku ha.

Kebanyakan terdesak nak rush in until dapatkan piala tempat duduk ekslusif.

Sigh.

Sejujurnya, 90% rakyat Malaysia kurang berhemah dan tak displin naik public transport. Sebolehnyaaa nak sondol masuk tak mau ikut line. Mula2 elok beratur, buka je pintu zassssss macam semut nak dapat gula.

Semut pun masih ikut giliran.


Masih tidak berubah sejak 10 tahun lalu.


Cerita sama juga dengan sesetengah lelaki yang mungkin perlukan cermin mata melihat logo Ladies Coach. Ladies only, strictly no couple, not men.


Susah mungkin nak membentuk displin awam dalam diri rakyat kita. Kalau ada pun, sedikit sangat.


Mari kita bermula dengan diri untuk lebih berdisplin.

Tolong benarkan penumpang dalam komuter turun dulu kemudian kita naik.

Boleh?

Spread the words.

Wednesday, April 9, 2014

FIRST! Bagaimana Cara Menghadapi Kemalangan Mengejut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Post pertama dalam bulan ini untuk tahun ini! Macam-macam aku nak cerita dan kisahkan, hanya sekarang saja aku mampu membuat blog kosong untuk dicoretkan. Sendiri baca, sendiri senyum. Orang lain baca juga harap senyum. =)))

Di luar sana pasti ramai yang pernah terlanggar dan dilanggar kereta ala-ala bumper car. Kalau tak ada meninggalkan kesan teruk, tak apalah. Tapi bagi yang dilanggar teruk dan tak sengaja terlanggar....ops, tak sengaja ke? Perhhh, mesti hati galau jadinya.

Terutamanya untuk para gadis dan wanita di luar~

Apabila berlaku kemalangan kecil, sama ada anda dilanggar dari belakang atau tepi atau mana-mana yang bukan salah anda, ATAU juga....anda melanggar orang lain secara tak sengaja dan sengaja yang menjadi kesalahan anda. JANGAN PANIK. Bertenang saja.

Cara-cara yang perlu dilakukan sekiranya anda berada salah satu situasi:

1) Jika berlaku perlanggaran di tengah highway, middle lane atau fast lane yang menyebabkan kereta tak sempat nak dialih ke tepi, jika sempat pandu ke bahu jalan tu yang terbaik, senang cerita. Ini cerita bila dua-dua berada di tengah lane. Anda segera bertenang, tarik nafas, angkat hand brake dan letak barang berharga di bawah tempat duduk. Segera keluar untuk melihat seteruk mana kerosakan dan terus berjumpa dengan pemilik kenderaan yang terlibat .

2) Bertenang. Tak perlu marah-marah. Yang penting anda masih bernyawa dan tiada kecederaan apa-apa pun. Segaris luka pun tak ada kan? Jika anda melanggar, segera meminta maaf. Dan jika anda dilanggar, senyum sahaja. Tanya orang itu, "Are You Okay?"

3) Paling penting wajib ambil gambar kereta anda dan orang yang terlibat itu terutamanya nombor plat orang itu. Penting nombor plat untuk back up apa-apa nanti. Semua ini menjadi bukti.

4) Segera minta nombor telefon orang terlibat tak kira jika anda yang melanggar atau dilanggar. Penting untuk berhubung jika sebarang baik pulih dan aliran keluar wang tunai bakal berlaku. Pastikan anda melihat telefon bimbit orang terlibat menerima panggilan dari nombor anda. 

5) Tanya nama dan tempat kerja. Confirm nombor telefon dia itu valid dan benar. Cukup. Tak perlu minta I/C. Untuk pengetahuan umum: Adalah menjadi kesalahan sekiranya kita meminta I/C atau ambil gambar I/C orang lain, boleh didakwa saman tau! Sebab kalau kita minta pun, orang tu berhak untuk menolak tidak mempamerkan I/C dia. 

6) Berbincang secara ringkas. Anda menyebabkan jalan jem teruk. Percepatkan perbincangan kecil dan segera untuk pergi. Segera tawarkan diri untuk bayar jika anda di pihak salah dan yakinkan orang tersebut yang anda berdua akan berhubung. KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN diutamakan. Allah nampak. Jika anda dilanggar, sahkan yang pemilik tersebut akan membantu untuk membayar kerosakan yang telah terjadi.

7) Kedua-dua pihak bersetuju dan berpuas hati. Segera memandu dari tempat kejadian jika keadaan kenderaan masih mampu bergerak dengan baik. Sekiranya tak boleh langsung hidup kereta, siapkan kon LIMA METER dari belakang kereta anda dan hubungi pihak berwajib untuk menarik kenderaan anda. 

8) Dalam hal ini, paling penting bertenang, dapatkan butiran penting seperti NAMA, NOMBOR TELEFON, PLAT NOMBOR KERETA dan TEMPAT KERJA.


KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN DIUTAMAKAN.

Wang yang keluar tu jatuh nombor lima. Paling penting tiada orang yang sakit hati dengan kita dan kita dah menanggung dan mengakui kesalahan kita dengan baik. Baru hati rasa lega walaupun tahu banyak wang keluar. Dan Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui atas apa yang berlaku.

Lagi satu yang mesti disahkan adakah anda berdua nak selesaikan tanpa report polis atau ke balai. Ada yang terus ke bengkel dan selesai di luar aje. Ada yang nak buat aduan polis. Sekiranya pihak lagi satu berkeras nak buat aduan polis dan claim insuran dia, anda wajib buat aduan polis juga dalam masa 24 jam dari waktu kejadian. Kalau tak buat aduan, dia buat, kita boleh kena saman sebab salah dari sisi undang-undang tak report.

Dan jika ada sesuatu berlaku di luar kehendak anda, seperti ditipu atau pihak yang menyebabkan kerosakan kenderaan anda hilang seperti angin lalu, sabar sabar sabar. Cuba juga track nombor telefon dia dan nombor plat selagi boleh. Elakkan dari mengaibkan pihak tersebut secara tidak sedar. ==)))


Jaga Diri, Pandu Berhemah, Jiwa Selamat, Duit Jimat.