Wednesday, April 9, 2014

FIRST! Bagaimana Cara Menghadapi Kemalangan Mengejut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Post pertama dalam bulan ini untuk tahun ini! Macam-macam aku nak cerita dan kisahkan, hanya sekarang saja aku mampu membuat blog kosong untuk dicoretkan. Sendiri baca, sendiri senyum. Orang lain baca juga harap senyum. =)))

Di luar sana pasti ramai yang pernah terlanggar dan dilanggar kereta ala-ala bumper car. Kalau tak ada meninggalkan kesan teruk, tak apalah. Tapi bagi yang dilanggar teruk dan tak sengaja terlanggar....ops, tak sengaja ke? Perhhh, mesti hati galau jadinya.

Terutamanya untuk para gadis dan wanita di luar~

Apabila berlaku kemalangan kecil, sama ada anda dilanggar dari belakang atau tepi atau mana-mana yang bukan salah anda, ATAU juga....anda melanggar orang lain secara tak sengaja dan sengaja yang menjadi kesalahan anda. JANGAN PANIK. Bertenang saja.

Cara-cara yang perlu dilakukan sekiranya anda berada salah satu situasi:

1) Jika berlaku perlanggaran di tengah highway, middle lane atau fast lane yang menyebabkan kereta tak sempat nak dialih ke tepi, jika sempat pandu ke bahu jalan tu yang terbaik, senang cerita. Ini cerita bila dua-dua berada di tengah lane. Anda segera bertenang, tarik nafas, angkat hand brake dan letak barang berharga di bawah tempat duduk. Segera keluar untuk melihat seteruk mana kerosakan dan terus berjumpa dengan pemilik kenderaan yang terlibat .

2) Bertenang. Tak perlu marah-marah. Yang penting anda masih bernyawa dan tiada kecederaan apa-apa pun. Segaris luka pun tak ada kan? Jika anda melanggar, segera meminta maaf. Dan jika anda dilanggar, senyum sahaja. Tanya orang itu, "Are You Okay?"

3) Paling penting wajib ambil gambar kereta anda dan orang yang terlibat itu terutamanya nombor plat orang itu. Penting nombor plat untuk back up apa-apa nanti. Semua ini menjadi bukti.

4) Segera minta nombor telefon orang terlibat tak kira jika anda yang melanggar atau dilanggar. Penting untuk berhubung jika sebarang baik pulih dan aliran keluar wang tunai bakal berlaku. Pastikan anda melihat telefon bimbit orang terlibat menerima panggilan dari nombor anda. 

5) Tanya nama dan tempat kerja. Confirm nombor telefon dia itu valid dan benar. Cukup. Tak perlu minta I/C. Untuk pengetahuan umum: Adalah menjadi kesalahan sekiranya kita meminta I/C atau ambil gambar I/C orang lain, boleh didakwa saman tau! Sebab kalau kita minta pun, orang tu berhak untuk menolak tidak mempamerkan I/C dia. 

6) Berbincang secara ringkas. Anda menyebabkan jalan jem teruk. Percepatkan perbincangan kecil dan segera untuk pergi. Segera tawarkan diri untuk bayar jika anda di pihak salah dan yakinkan orang tersebut yang anda berdua akan berhubung. KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN diutamakan. Allah nampak. Jika anda dilanggar, sahkan yang pemilik tersebut akan membantu untuk membayar kerosakan yang telah terjadi.

7) Kedua-dua pihak bersetuju dan berpuas hati. Segera memandu dari tempat kejadian jika keadaan kenderaan masih mampu bergerak dengan baik. Sekiranya tak boleh langsung hidup kereta, siapkan kon LIMA METER dari belakang kereta anda dan hubungi pihak berwajib untuk menarik kenderaan anda. 

8) Dalam hal ini, paling penting bertenang, dapatkan butiran penting seperti NAMA, NOMBOR TELEFON, PLAT NOMBOR KERETA dan TEMPAT KERJA.


KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN DIUTAMAKAN.

Wang yang keluar tu jatuh nombor lima. Paling penting tiada orang yang sakit hati dengan kita dan kita dah menanggung dan mengakui kesalahan kita dengan baik. Baru hati rasa lega walaupun tahu banyak wang keluar. Dan Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui atas apa yang berlaku.

Lagi satu yang mesti disahkan adakah anda berdua nak selesaikan tanpa report polis atau ke balai. Ada yang terus ke bengkel dan selesai di luar aje. Ada yang nak buat aduan polis. Sekiranya pihak lagi satu berkeras nak buat aduan polis dan claim insuran dia, anda wajib buat aduan polis juga dalam masa 24 jam dari waktu kejadian. Kalau tak buat aduan, dia buat, kita boleh kena saman sebab salah dari sisi undang-undang tak report.

Dan jika ada sesuatu berlaku di luar kehendak anda, seperti ditipu atau pihak yang menyebabkan kerosakan kenderaan anda hilang seperti angin lalu, sabar sabar sabar. Cuba juga track nombor telefon dia dan nombor plat selagi boleh. Elakkan dari mengaibkan pihak tersebut secara tidak sedar. ==)))


Jaga Diri, Pandu Berhemah, Jiwa Selamat, Duit Jimat.




No comments:

Post a Comment