Monday, October 27, 2014

Isu Didikan: CaRut

Simple je topiknya.

Apabila umur semakin meningkat, seharusnya perwatakan dan kata-kata serta kesantunan semakin menjadi lebih berkualiti. Banyaknya pengalaman, asam dan garam kononnya, menjadikan seseorang itu lebih baik.

Mungkinkah sebaliknya?

Saya juga penuh sejarah kelabu kelabu hampir kehitaman dan bermacam dugaan serta kesilapan besar dan kecil. Biasalah. Ini baru namanya kehidupan.

Tetapi, kadang-kadang saya hairan dengan orang-orang yang sudah berkahwin, masih lagi  bercakap lepas, mencarut sesama rakan-rakan dan bergurau kotor dan XXX walaupun dengan rakan berlainan jantina.

SUDAH KAHWIN.

Seandainya bujang atau dara, jika mencarut pun tidak elok dan sekali mencarut tercatatlah dalam buku rekod dosa kita. Sekali berkata-kata sesuatu yang hina dan busuk juga bertambahlah poin dalam buku merah itu.

Entah.

Ada sesetengah kelihatan bangga apabila nampak over happening dan dikatakan selamba dan open minded, cool relek sekiranya kelihatan ganas mencarut dan tidak ambil hati dengan carutan orang lain. Walaupun yang menyentuh sesuatu yang sensitif dan haram.

Di mana letaknya nilai maruah diri kita terutamanya sebagi seorang gadis, wanita dan isteri serta ibu.

MENCARUT.

Cukup cukup sudah.

Jika ingin perasan selamba dan cool, open minded, gua tak kisah lu cakap apa gua elekk jah. Itu bukan namanya selamba. Itu kurang ajar dan tidak tahu adab.

Apabila dunia semakin  menghampiri kehancuran, dosa-dosa dan benda haram menjadi halal. Berbuat dosa dikatakan hebat, berbuat baik dikatakan alim dan skema, x sporting gitu.

SPORTING?

Ada batas-batasnya untuk sporting dan berkata-kata sekiranya kita masih ingat dan sedar kita memegang nama sebagai seorang Islam, contoh kepada orang lain.

Sepatutnya.......

Buat yang mungkin sudah beranak pinak, dan sudah bercucu cicitnya, mohon jaga tingkah laku dan adab anda. Ohhhh, maafkan saya.

Semua ini bermula dari rebungnya.


Sekian.

Thursday, October 23, 2014

Tranquil Thursday : Getting Started


Khamis hari yang baik. Siangnya disunatkan berpuasa, alang-alang ganti puasa, dan malamnya digalakkan membaca Surah Al-Kahfi. Pelbagai ibadah sunat boleh dilakukan.

Setiap hari hari yang baik sekiranya kita sentiasa bersyukur.

Bagi yang hendak memulakan hidup baru seperti saya!
Tinggalkan kenangan lama, sama-sama usahakan.


Pinjaman dari GOOGLE semua. 
Bermakna!

Sebelum memulakan sesuatu perkara, sentiasa praktiskan diri menyebutnya.
Dari paksa menjadi suka lalu terbiasa.





Hapuskan komplen, merungut, mengkritik untuk memusnah, HAPUSKAN!
Mari kita bersemangat untuk lebih komited kerana Allah.



Segalanya mulakan dengan niat dan perancangan. Displin.
Sebaik-baik perancangan ialah apa yang telah Allah rancangkan untuk kita.
Allah is the GREATEST PLANNER for us!




Sentiasa percaya!
Tiada kekuatan selain kekuatan yang dipinjamkan dari Allah Taala.



Khas untuk diri saya sendiri. 
Enam bulan untuk buktikan diri sendiri dan mendapat apa yang diperlukan.
Insya Allah, mohon petunjuk dan pertolongan Mu Ya Allah.



Lagi untuk saya seribu kali ganda!
Fokus!



 Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita setiap hari. Amin!



Insya Allah.


Tuesday, October 21, 2014

Isu Didikan 1 : Jom Rajinkan Diri!

Saya betul-betul tak de idea untuk meletakkan tajuk yang menarik. Phewww!

Macam mana saya nak tarik orang untuk baca idea kecil saya? Idea kecil, impak besar? Ada ke?

Opss, lapar pulak rasanya.


Sumber Google

Okay sekarang saya memerlukan bantuan Google untuk meminjamkan saya gambar buat masa ini. Saya suka juga bergambar, diambil gambar tapi kurang pandai mengambil gambar.
Tak apa, lain kali kita asah bakat itu ya!


Saya suka sangat makan KFC, terutamanya Zinger Burger dan ayamnya, nugget dan semuanya! Jujurnya, saya dah try semua jenis dessert terbarunya dan memang sedap. Adui, lupa pula nama dessert yang saya paling suka. Tapi, jenisnya bulat-bulat dan dip in chocolate before you eat. Eh, betul ke? Maaf, lupa!


Cuba tuan perhatikan masyarakat kita terutamanya apabila makan di restoran, bagaimana perilaku mereka dan terutamanya meja yang ditinggalkan selepas makan! Arghh, saya tak sanggup nak upload gambar-gambar itu.

Bersepah.

Pembaziran.

Kotor.

Hanya segelintir sahaja yang pandai untuk mengemaskan kotoran dan menyusun pinggan yang digunakan dalam tray, dan diletakkan atas meja. Masih kira okay tapi belum hebat.

Restoran banyak jenis --- mamak yang popular, fast food chain, hotel, kantin sekolah dan lain-lain yang tuan dapat fikirkan? Oh, rumah terbuka mungkin?

Kita fokuskan yang paling mudah di rumah dulu. Apakah langkah yang selalu kita ambil apabila selesai menikmati makanan yang dimasak oleh ibu?

Pilihlah sendiri jawapan tuan:
1) Meninggalkan pinggan kotor di atas meja, hanya bawa diri ke sink untuk mencuci tangan.
2) Bawa pinggan kotor ke dalam sink, hanya cuci tangan dan biarkan pinggan.
3) Bawa pinggan kotor ke sink dan mencuci dengan bersih dan diletak atas bekas pengering.
4) Sekadar menjilat jari dan tak cuci tangan dan terus blah tanpa mempedulikan pinggan atas meja.
5) Melakukan poin no. 3 dan seterusnya kembali mengemas lauk-pauk dan mengelap meja hingga bersih.


Di manakah kita?


Saya sendiri sudah mengamalkan praktis ini sejak tahun 2012, biasanya menjadi wajib kalau saya makan di KFC, Burger King, dan tempat-tempat yang menyediakan kotak THRASH dan kotak PLATE. Kalau mamak tu, mungkin lain ceritalah sebab mereka kena kutip kerana tiada tempat sesuai untuk kita bawa pinggan kotor. TETAPI!

Tetapi, silalah kemas meja kita, lap dengan tisu dan susun pinggan kotor elok-elok.

Saya biasanya sesudah makan akan lap meja saya dengan tisu yang ada atau tisu yang saya bawa --biasalah para gadis biasanya wajib mempunyai tisu dalam bag, segelintir. Saya angkat semua sampah ke dalam tray dan memulakan pengasingan sendiri.

Saya buang sampah dari tray dan pinggan ke dalam kotak THRASH.

Kemudian, saya letak pinggan ke dalam kotak PLATE.

Tray saya tinggalkan di atas kotak itu, memang direka untuk meletakkan tray.


Meja saya sesudah makan??? Bersih, suci dan mudah untuk pelanggan baru duduk dengan rasa senang hati tanpa perlu rasa irritated melihat meja yang kotor dan baki makanan yang ditinggalkan.

Tuan rasa tuan setuju dengan tindakan saya?

Seperti saya katakan, tengoklah tempat. Sekiranya memang disediakan kemudahan ini, maka marilah kita didik diri kita untuk mempraktikan moral yang baik. Banyak kebaikannya.

Elakkan fikir "OHHH, NI KERJA WAITER BIARLAH DIA BUAT HABIS TU TAKKAN MEMBUTA MAKAN GAJI."

Mari terapkan nilai hebat ini dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia yang pembersih dan rajin!
Kita memang hebat sekiranya kita mampu melakukan ini!
Biarlah sikit tetapi istiqomah.
Orang akan pandang kita dengan sekilas dua pandang tapi biarlah. Siapa tahu, dengan apa yang kita amalkan, mungkin ada tiga ke empat orang akan ikut cara yang hebat ini.

Lagi seronok jika anak-anak dan generasi baru mengikutnya!


Insya Allah.





Sunday, October 19, 2014

A Fresh Start - Get a Life!

Saya nak menulis sekarang!

Lama sangat-sangat tak menulis, berbagai peristiwa, cerita suka duka dan sengal yang terjadi. Blog lama saya sudah delete,semoga terkubur menjadi kenangan. Mulakan blog baru yang tiada siapa mengenali saya, mungkinkah?

Medium maya yang bakal menjadi perkongsian pandangan, idea dan ceritera riang dan tangis dari saya dalam keadaan yang sederhana. Tiada makna ekstrem yang dipraktikkan di sini bagi mengekalkan kesopanan dan kesantunan isi untuk halwa mata sesiapa yang baca.

Er,ye saya extremly love to shop.

Pheww!

Rasanya dalam masa 4 tahun sejak 2010, macam-macam yang saya lalui. Pernah ke dalam hidup tuan rasa kehilangan??? Hilang visi, misi dan matlamat. Tak sama dah seperti matlamat ketika nak menghadapi PMR apabila kita disuruh menulis beberapa matlamat untuk dapatkan 8A, cara mendapatkan 8A semua itu.

Saya hilang punca.

Tak apalah. Cerita 4 tahun yang berliku-liku ni akan saya ceritakan kemudian dalam muka surat lain dalam Sendiri Baca blog ni. Yelah, sendiri je baca sebab tak de orang baca. Hik Hik. (Gaya gelak sopan ya.)


Esok bermula bab baru, cerita baru, semangat baru dalam hidup saya.

WAJIB! PERLU! MESTI!

Semuanya perkataan positif yang meyakinkan diri, hati,akal dan iman saya.

Segala-galanya saya serahkan kepada Allah buat masa sekarang dan masa akan datang.
Saya juga akan memberi sehabis baik untuk apa yang bakal mendatang dari sekarang.

Doakan saya berjaya menempuhi segala onak dan cabaran hidup, punya kekuatan dan kebijaksanaan serta kematangan yang mengatasi emosi sasau.


Tuan yakin saya mampu buat?

Saya perlu menjadi seorang yang yakin!

Tuan juga mesti yakin!



Mari!

Kita mulakan hari esok, bermula sekarang dengan semangat dan niat yang baru serta ikhlas kerana Allah. Ya, kerana Allah Taala.

Insya Allah segalanya akan baik.