Tuesday, October 21, 2014

Isu Didikan 1 : Jom Rajinkan Diri!

Saya betul-betul tak de idea untuk meletakkan tajuk yang menarik. Phewww!

Macam mana saya nak tarik orang untuk baca idea kecil saya? Idea kecil, impak besar? Ada ke?

Opss, lapar pulak rasanya.


Sumber Google

Okay sekarang saya memerlukan bantuan Google untuk meminjamkan saya gambar buat masa ini. Saya suka juga bergambar, diambil gambar tapi kurang pandai mengambil gambar.
Tak apa, lain kali kita asah bakat itu ya!


Saya suka sangat makan KFC, terutamanya Zinger Burger dan ayamnya, nugget dan semuanya! Jujurnya, saya dah try semua jenis dessert terbarunya dan memang sedap. Adui, lupa pula nama dessert yang saya paling suka. Tapi, jenisnya bulat-bulat dan dip in chocolate before you eat. Eh, betul ke? Maaf, lupa!


Cuba tuan perhatikan masyarakat kita terutamanya apabila makan di restoran, bagaimana perilaku mereka dan terutamanya meja yang ditinggalkan selepas makan! Arghh, saya tak sanggup nak upload gambar-gambar itu.

Bersepah.

Pembaziran.

Kotor.

Hanya segelintir sahaja yang pandai untuk mengemaskan kotoran dan menyusun pinggan yang digunakan dalam tray, dan diletakkan atas meja. Masih kira okay tapi belum hebat.

Restoran banyak jenis --- mamak yang popular, fast food chain, hotel, kantin sekolah dan lain-lain yang tuan dapat fikirkan? Oh, rumah terbuka mungkin?

Kita fokuskan yang paling mudah di rumah dulu. Apakah langkah yang selalu kita ambil apabila selesai menikmati makanan yang dimasak oleh ibu?

Pilihlah sendiri jawapan tuan:
1) Meninggalkan pinggan kotor di atas meja, hanya bawa diri ke sink untuk mencuci tangan.
2) Bawa pinggan kotor ke dalam sink, hanya cuci tangan dan biarkan pinggan.
3) Bawa pinggan kotor ke sink dan mencuci dengan bersih dan diletak atas bekas pengering.
4) Sekadar menjilat jari dan tak cuci tangan dan terus blah tanpa mempedulikan pinggan atas meja.
5) Melakukan poin no. 3 dan seterusnya kembali mengemas lauk-pauk dan mengelap meja hingga bersih.


Di manakah kita?


Saya sendiri sudah mengamalkan praktis ini sejak tahun 2012, biasanya menjadi wajib kalau saya makan di KFC, Burger King, dan tempat-tempat yang menyediakan kotak THRASH dan kotak PLATE. Kalau mamak tu, mungkin lain ceritalah sebab mereka kena kutip kerana tiada tempat sesuai untuk kita bawa pinggan kotor. TETAPI!

Tetapi, silalah kemas meja kita, lap dengan tisu dan susun pinggan kotor elok-elok.

Saya biasanya sesudah makan akan lap meja saya dengan tisu yang ada atau tisu yang saya bawa --biasalah para gadis biasanya wajib mempunyai tisu dalam bag, segelintir. Saya angkat semua sampah ke dalam tray dan memulakan pengasingan sendiri.

Saya buang sampah dari tray dan pinggan ke dalam kotak THRASH.

Kemudian, saya letak pinggan ke dalam kotak PLATE.

Tray saya tinggalkan di atas kotak itu, memang direka untuk meletakkan tray.


Meja saya sesudah makan??? Bersih, suci dan mudah untuk pelanggan baru duduk dengan rasa senang hati tanpa perlu rasa irritated melihat meja yang kotor dan baki makanan yang ditinggalkan.

Tuan rasa tuan setuju dengan tindakan saya?

Seperti saya katakan, tengoklah tempat. Sekiranya memang disediakan kemudahan ini, maka marilah kita didik diri kita untuk mempraktikan moral yang baik. Banyak kebaikannya.

Elakkan fikir "OHHH, NI KERJA WAITER BIARLAH DIA BUAT HABIS TU TAKKAN MEMBUTA MAKAN GAJI."

Mari terapkan nilai hebat ini dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia yang pembersih dan rajin!
Kita memang hebat sekiranya kita mampu melakukan ini!
Biarlah sikit tetapi istiqomah.
Orang akan pandang kita dengan sekilas dua pandang tapi biarlah. Siapa tahu, dengan apa yang kita amalkan, mungkin ada tiga ke empat orang akan ikut cara yang hebat ini.

Lagi seronok jika anak-anak dan generasi baru mengikutnya!


Insya Allah.





No comments:

Post a Comment